Bahagian D
Tajuk :
Huraikan apa yang anda belajar daripada watak utama dalam 'Pahlawan Pasir Salak'
Novel yang saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak utama dalam novel ini ialah Datuk Maharaja Lela. Beliau merupakan pemimpin penduduk Pasir Salak. Daripada watak Datuk Maharaja Lela , saya telah memepelajari kepentingan sifat kepimpinan bagi seorang pemimpin. Seoran pemimpin harus sentiasa berpandangan jauh, sabar dan berdedikasi serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya. Datuk Maharaja Lela telah memimpin penduduk Pasir Salak dengan penuh tanggungjawab dan berwibawa terutamanya dalam persediaan mereka menghadapi tentera Inggeris. Selain itu, watak Datuk Maharaja Lela juga telah menyedarkan saya tentang kepentingan sifat kesabaran terutamanya semasa menghadapi ancaman musuh. Datuk Maharaja Lela telah menghalang anak buahnya daripada bertindak terburu-buru apabila menghadapi rombongan Residen Birch. Beliau juga menyedarkan saya tentang kepentingan sifat berani dan sanggup berkorban demi negara apabila berdepan dengan musuh. Beliau bersama-sama anak buahnya telah berjuang secara bermati-matian demi mempertahankan Pasir Salak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment