Sejak akhir-akhir ini, kegiatan vandalisme di kalangan remaja semakin serius. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa.
Apakah maksud vandalisme? Vandalisme ialah tindakan merosakkan harta benda awam dengan sewenang-wenangnya. Tahukah anda bahawa kegiatan vandalisme sering dilaporkan di media massa? Siapakah yang harus ditudung jari, ibu bapa atau pihak sekolah? Persoalannya, bagaimana cara-cara untuk mengatasi masalah ini daripda terus berleluasa?
Salah satu caranya ialah ibu bapa harus menyalurkan lebih kasih sayang kepada anak-anak. Anak yang baru dilahirkan ibarat sehelai kertas putih, ibu bapalah yang berperanan membentuk sahsiah diri mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberi lebih tumpuan dan memberi nasihat atau dorongan yang membina apabila anak-anak mereka menghadapi masalah tertentu. Peranan ibu bapa ini tidak boleh diabaikan.
Seterusnya, guru sekolah juga bertanggungjawab menyemaikan didikan moral dan agama dalam sanubari pelajar. Begitu juga dengan ibu bapa, perkara ini harus dilakukan sejak mereka kecil lagi,bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Misalnya, guru Pendidikan Moral boleh selalu menggalakkan pelajar-pelajar bertingkah mulia dengan menjalankan sistem merit. Cara ini pasti sedikit banyak dapat membentuk pelajar yang berakhlak mulia.
Di samping itu, pihak sekolah harus menggalakkan para remaja menyertai kegiatan kokurikulum demi mengisi masa lapang. Ingat, masa itu emas. Kita tidak harus membazir masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Sebagai contoh , persatuan atau kelab sekolah perlu selalu mengadakan aktiviti yang menarik dan memenuhi kehendak pelajar. Dengan ini, pelajar-pelajar lebih sanggup menyertai kokurikulum dengan aktif.
Cara lain ialah pihak sekolah harus mewajidkan pelajar yang bermasalah untuk berjumpa dengan guru kauseling. Guru kaunseling akan memberi nasihat dan cadangan yang setimpal dengan keperluan dan kehendak mareka. Guru kaunseling boleh menjadikan teman sejati atau pembimbing kepada pelajar. Guru kaunseling boleh diibaratkan sebagai penyuluh pelajar untuk memimpin mereka melangkah keluar dari kegelapan.
Kesimpulannya, para remaja harus berupaya untuk membezakan perkara yang baik daripada perkara yang buruk. Dalam hal ini, pihak sekolah, pihak guru dan ibu bapa haruslah berganding bahu untuk membasmi masalah vandalisme yang kian berleluasa di kalangan remaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
just like my homework :)
ReplyDeleteNice...thnx 4 the post!
ReplyDeleteWow, thanks sebab ada dekat sini. Menarik :)
ReplyDelete