Tajuk : Huraikan peranan media massa dalam kehidupan kita
Media massa alat komunikasi yang penting. Dalam dunia yang serba maju ini, media massa memainan peranan yang sangat penting. Media massa berperanan dalam menyampaikan maklumat. Kita memerlukan maklumat yang tepat dan cepat untuk pelbagai tujuan. Nelayan misalnya, amat bergantung pada maklumat tentang cuaca. Para pelabur memerlukan maklumat tentang pasaran saham dan kewangan.
Media massa memberikan pelbagai maklumat kepada kita. Semua faedah ini berfaedah kepada kita. Bagi pihak kerajaan, media massa menjadi alat yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan. Dengan maklumat yang disalurkan melalui media itu, rakyat mengetahui dasar dan langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Maklumat yang tepat berupaya mengelakkan rakyat daripada diserang kegelisahan dan sekali gus memupuk semangat perpaduan dan cinta akan negara.
Di samping itu, media massa juga memberi kita hiburan dan pengetahuan. Dengan membaca akhbar atau majalah, kita mendapat pengetahuan melalui rencana yang disiarkan. Pengetahuan tersebut boleh jadi dalam bidang sains, alam sekitar, geografi, komputer, dan sebagainya. Dengan hal yang demikian, minda pembaca atau penerima maklumat akan sentiasa berkembang. Dengan kata lain, pembaca atau penerima maklumat tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Media massa juga berperanan dalam membentuk sikap seseorang, menjadikan fikiran seseorang lebih terbuka. Kita akan sedia menerima pandangan orang lain dan lebih proaktif terhadap sesuatu perkara. Akhir sekali, hal ini akan membantunya membuat keputusan yang penting dalam kehidupan seseorang.
Kesimpulannya, kita tidak dapat menafikan kebaikan media massa. Akan tetapi, media massa juga membawa unsur negatif. Hal ini berlaku kerana bukan semua maklumat itu benar dan tepat. Terdapat juga maklumat yang palsu, berunsur fitnah yang boleh menggugat, malahan meruntuhkan kerajaan. Dalam hal ini, kita haruslah bijak menyaring maklumat yang kita terima.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment