Pencemaran

Arus pembangunan yang pesat mengakibatkan alam sekitar menjadi mangsa sehingga timbulnya pelbagai masalah pencemaran yang serius.
Di bandar, bangunan pencakar langit dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan demi memenuhi kehendak dan keperluan manusia. Di samping itu, projek-projek pembangunan telah mengakibatkan hutan dibersihkan.
Akibatnya, masalah seperti kejadian tanah runtuh, hakisan tanah dan kemusnahan habitat pelbagai spesies hidupan sering berlaku.
Selain itu, perkembangan dalam sektor perindustrian turut menimbulkan masalah pencemaran. Pihak kilang yang tidak bertanggungjawab membuangkan sisa-sisa toksik ke dalam sungai, kesanya sungai-sungai dicemari.
Pertumbuhan bilangan kenderaan di atas jalan raya turut menjejaskan kualiti udara di sekitar bandar raya. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kesihatan manusia terancam malahan kualiti dan keseimbangan alam terganggu.
Memandangkan keadaan yang begitu serius, usaha perlu dicurahkan untuk memastikan bahawa pembangunan mesti seiring dengan langkah-langkah untuk memulihara dan memelihara kualiti alam.

No comments:

Post a Comment