Terdapat pelbagai jenis seni pertahankan diri di negara kita. Misalnya, silat, wusyu, tae kwan do, silamban, dan lain-lain lagi. Kini, semakin banyak orang mempelajari seni pertahankan diri kerana mereka mengetahui kepentingannya.
Seni pertahanan diri dapat membentuk ketahanan fizikal dan mental. Hal ini demikian kerana individu terbabit akan menjadi lebih berdisiplin dan tidak mudah mengalah apabila berhadapan dengan cabaran.
Selain itu, seni pertahankan diri dapat dijadikan sebagai pelindung diri. Golongan wanita khususnya, akan dapat mempertahankan diri daripada ancaman ragut atau rogol jika memiliki kemahiran pertahanan diri.
Penglibatan dalam seni pertahanan diri juga membuka peluang kepada individu terbabit memperoleh rakan-rakan yang baru. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka dan menjadikan mereka individu yang lebih berfikiran terbuka.
Kesimpulannya, seni pertahanan diri perlu diajarkan di peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini demikian kerana seni pertahanan diri penting, terutamanya untuk keselamtan diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment