Media cetak dan elektronik sering melaporkan kejadian penderaan terhadap anak-anak yang berlaku di seluruh dunia.
Nyatakan punca-punca berlakunya penderaan terhadap anak-anak.
Kes penderaan terhadap kanak-kanak semakin meningkat. Media cetak dan media elektronik sering melaporkan kes penderaan yang berlaku di negara kita. Siapakah yang harus dituding jari,pihak masyarakat atau ibu bapa sendiri?Apakah punca berlakunya kes-kes ini? Marilah kita bincang bersama-sama.
Banyak faktor yang menyebabkan kes-kes ini berlaku. Salah satu puncanya ialah pasangan suami isteri yang berkahwin pada usia yang terlalu muda dan belum benar-benar bersedia untuk menempuh alam rumah tangga terdorong untuk melakukan penderaan. Mereka masih ingin mengekalkan keseronokkan dan kebebasan yang dinikmati ketika masih bujang . Tambahan pula, mereka kurang mahir untuk berperanan sebagai ibu bapa. Disebabkan hasrat mereka terhalang oleh kerenah anak-anak,maka mereka mudah marah-marah lalu bertindak melulu sehingga memukul anak-anak
Selain itu, sikap ibu bapa yang agak keras dalam usaha mendisplinkan anak-anak juga menyumbang kepada kejadian ini. Mereka menjatuhkan hukuman yang keterlaluan,misalnya menampar atau merotan, yang mungkin sebenarnya tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak.Memang ada anak yang agak nakal, tetapi kesalahan yang dilakukan mungkin tidak disedari atau tidak disengajakan oleh mereka.Oleh itu, anak-anak sedemikan harus ditegur dan dinasihati.
Seterusnya, didikan dan pegangan agama yang longgar di kalangan sesetengah ibu bapa juga merupakan salah satu sebab. Mereka beranggapan bahawa anak-anak sebagai beban dan bukan sebagai tanggungjawab serta amanah yang wajib diurus dengan sebaik-baiknya. Mereka melepaskan kemarahan kepada anak-anak hingga terlanjur memukul mereka dengan teruk hanya disebabkan perkara remeh temeh.
Tekanan kerja dan masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakkan keluarga terutamanya di bandar selalu menyinggung perasaan ibu bapa. Mereka tidak dapat mengawal perasaan kemarahan lalu memarahi anak malah meronta dengan teruk hanya untuk melepaskan geram. Anak yang kasihan dijadikan 'alat pelepas kemarahan'.
Penderaan terhadap anak-anak merupakan suatu penyakit sosial yang harus ditangani bersama-sama oleh anggota keluarga, jiran tetangga, serta anggota masyarakat. Jangan beranggapan bahawa penyakit sosial ini hanya masalah peribadi. Anak-anak yang belum mengerti apa-apa harus diasuh serta dibelai dengan penuh kasih sayang dan bukannya didera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment